Monday, November 14, 2011

FRUIT TARTS

125 gm butter
125 gm marjerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur
400 gm tepung gandum

  1. Pukul butter dan marjerin hingga sebati. Masukkan gula dan pukul lagi.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung sediit demi sedikit hingga menjadi doh.
Makes 63 tarts.

CREAM CUSTARD
250 ml susu segar
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Gaul semua bahan dan tapis. Masak hingga hampir pekat. Kacau guna whisker even selepas tutup api.
Untuk 1 adunan tart memerlukan 1.5 adunan custard.


CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
50 gm butter
50 gm gula halus

Putar semua sekali hingga sebati.

Sunday, October 16, 2011

MOCHA ALMOND MUFFIN/CUPCAKES (MAT GEBU)

90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor
Cincangan kacang badam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
  4. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

OREO CUPCAKES (MAT GEBU) - LIKESSSSS

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
*** Kurangkan butter skit supaya cake x lekang dari paper cup. Kurangkn gula skit pun ok sbb oreo tu dh manis.

Monday, October 10, 2011

KUAH KACANG MAMA

500 gm kacang | goreng, buang kulit dan blend dgn air sampai lumat
10 ulas bawang besar | kisar
10 sudu besar lada lumat
2 ulas bawang putih | kisar
1 keping besar gula melaka
1 cawan santan pekat
2 cawan air

  1. Renihkan santan bersama 2 cawan air.
  2. Masukkan bawang, lada lumat dan garam. Masak dengan menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan kacang. Masak hingga pecah minyak.
  4. Kalau pekat boleh ditambahkan air.

Thursday, October 6, 2011

ALOO JEERA

10 biji kentang | potong cube dan rebus
2 suku kecil jintan
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil dry mango powder
1/2 cawan daun ketumbar dipotong halus

  1. Panaskan minyak. Masukkan jintan dan kentang.
  2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada, garam masala, dry mango powder. Gaul rata.
  3. Masukkan garam secukupnya dan daun ketumbar.
1 sudu besar dry mango powder boleh digantikan dengan 3 sudu kecil jus limau nipis.

Wednesday, October 5, 2011

MAKARONI BAKAR

250 gm makaroni | direbus lembut
Cheese Mozarella @ Cheddar
1 bungkus daging kisar | digoreng tanpa minyak utk keluarkan air, toskan
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih } dipotong dadu
1 tin sederhana tomato puri
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato puri, daging kisar, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata hingga masak.
SOS PUTIH
1 liter susu segar
7 sudu besar tepung gandum
2 sudu butter
Garam
Serbuk lada hitam
1 biji telur
  1. Kacau tepung gandum yang telah dilarutkan ke dalam susu segar di atas api sederhana.
  2. Bila hampir pekat, masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan angkat.
  3. Masukkan telur, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Letakkan 1/2 makaroni ke dalam loyang atau glass bakeware.
  5. Lapiskan dengan daging dan sos putih.
  6. Ulang sekali lagi utk lapisan kedua.
  7. Pastikan lapisan sos putih yang atas lagi tebal dari yang dibawah.
  8. Tabur cheese dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit.
  9. Tunggu sejuk sedikit baru dipotong supaya tidak relai.

MARBLE CHEESECAKE (MAT GEBU)

BAHAN A
180 gm butter
170 gm gula halus
3 biji telur gred A
20 gm coco powder                 }
120 gm tepung naik sendiri } diayak
1 sudu kecil baking poeder  }

BAHAN B
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
Vanilla

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla dan gula. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
  4. Tuang 1/2 bahagian adunan coklat, ratakan. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan. Tuang baki adunan coklat dan ratakan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong.


PANDAN CHEESECAKE (MAT GEBU)

200 ml susu segar
4 keping cheese cheesedale
70 gm butter
70 gm gula halus
70 gm tepung gandum | diayak
4 biji telur gred B
1 suku kecil pandan paste
Pewarna hijau
Vanilla

  1. Siat2 slice cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (mat guna kaedah double-boiler)...
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday, October 4, 2011

KEK OREN (HANIELIZA)

250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
270 gm tepung gandum        }
1 sudu kecil baking powder } diayak
Vanilla
3 sudu besar sunquick
1 biji oren
Kismis (if like)

  1. Butter dan gula di pukul sehingga gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayakkan berselang seli dengan kismis. Kacau rata.
  4. Masukkan jus oren dan oren sunquick. Kacau rata.
  5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
  6. Bakarkan dalam suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Sejukkan dan potong. 

CARA BERLAUK

400 ml santan kotak
350 ml air
300 gm tepung gandum
6 biji telur
Garam


INTI
300 gm daging cincang
1 ulas bawang putih
2 hiris halia
Rempah kari daging
Garam


HIASAN
Lada merah
Daun sup

  1. Campur kesemua bahan adunan. Gaul dan tapiskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan rempah kari secukupnya.
  3. Masukkan daging cincang dan perasakan.
  4. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Masukkan adunan 3/4 penuh.
  5. Masukkan inti daging.
  6. Hiaskan dengan sepotong lada merah dan sedikit daun sup.

PUDING ROTI

500 ml susu segar
8 keping roti
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
1 sudu besar tepung jagung

  1. Koyak-koyakkan roti dan rendam bersama susu segar selama setengah jam.
  2. Sementara itu, kacau rata semua bahan yang lain.
  3. Tuangkan ke atas roti yang telah diletakkan dalam loyang.
  4. Jika suka boleh ditaburkan dengan kismis.
  5. Bakar selama 30 minit pada suhu 180 C.
SOS
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Gaul semua bahan dan masak di atas api sebentar.

KUIH BAKAR

2 biji telur
50 gm mentega (dalam 5 sudu besar)
800 ml santan kotak/tin
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
Pandan paste
Bijan

  1. Blend semua bahan kecuali bijan. 
  2. Masukkan dalam acuan dan kemudian taburkan bijan.
  3. Bakar sehingga masak.

Monday, October 3, 2011

APAM POLKADOT



3 biji telur gred A sejuk
280 gm tepung gandum (2 cawan)
2 sudu teh baking powder
220 gm gula halus (1.5 cawan) - kalau ade filling, 200gm dh memadai
250 ml susu segar/cair (1 cawan)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh vanilla

  1. Pukul semua bahan pada full speed selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan. (Sekiranya ada filling, kalau xde terus ke step no. 6)
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Cara lain;
  1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan susu berselang-seli.
  3. Masukkan dalam acuan cupcakes dan kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.

TART NENAS

500 gm butter
50 gm tepung jagung
50 gm custard
600 - 800 tepung gandum
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh garam
Pewarna kuning


Jam
2 biji nenas
1 cawan gula
Sedikit gula melaka

  1. Untuk membuat jam, kisar nenas sehingga halus.
  2. Masakkan bersama2 gula dan gula melaka hingga pekat.
  3. Gentel sebesar biji kurma.

  1. Pukul butter hingga sebati.
  2. Masukkan telur, sedikit pewarna kuning, vanilla dan garam.
  3. Masukkan tepung jagung dan kastard.
  4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

Wednesday, September 28, 2011

CORNFLAKES MADU


60 gm butter | cairkan
5 sudu besar madu
4 cawan cornflakes (175 gm)
1/2 cawan badam cincang (70 gm)
80 gm badam cincang
Manik urai
  1. Gaulkan kesemua bahan kecuali manik urai.
  2. Masukkan ke dalam paper cup dan taburkan dengan manik urai.
  3. Sedia untuk dibakar.

BISKUT MAZOLA

450 gm gula halus
600 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
500 gm kacang tanah
Minyak mazola
  1. Kacang tanah dimesin halus bersama  gula.
  2. Masukkan tepung jagung ke dalam adunan kacang.
  3. Masukkan tepung jagung dan gaul sebati.
  4. Masukkan minyak mazola hingga membentuk doh.
  5. Bulat2kan adunan dan hiaskan dengan kuning telur.

ALMOND FLAKE

250 gm butter
125 gm gula icing
1 biji telur
300 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
25 gm serbuk koko
140 gm almond flake
  1. Pukul butter bersama gula icing hingga sebati.
  2. Masukkan telur, pukul lagi dan masukkan tepung jagung.
  3. Masukkan serbuk koko.
  4. Masukkan tepung gandum.
  5. Masukkan almond flake dan gaulkan menggunakan sudip kayu.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  7. Keluarkan, bentukkan memanjang dan gulung menggunakan aluminium foil.
  8. Simpan semula dalam peti sejuk.
  9. Potong nipis2 sebelum dibakar.


BISKUT ARAB

450 gm gula halus - kurangkan jika nak tabur gula icing bila dah masak
600 gm tepung gandum
450 gm minyak sapi

  1. Ayak tepung. Masukkan gula dan gaul sebati.
  2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit. Gaul sebati dan menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan bulat2 dan masukkan dalam paper cup untuk dibakar.
  4. Setelah masak taburkan dengan gula icing.
Make around 220 biji.

KEK RICH MOCHA (MAT GEBU)



125 gm butter
115 gm gula kastor
1/4 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh perisa mocha
2 biji telur gred A
75 ml whipping cream
50 gm dark chocolate dadu kecil
150 gm tepung naik sendiri }
Secubit soda bikarbonat     } di ayak 3 kali
Badam keping/cincang

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser 3 tin kecil berukuran 4 inci x 2.5 inci x 2.5 inci atau guna acuan kegemaran anda. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga sebati. Masukkan telur satu persatu sambil diputar hingga kembang, jarak waktu untuk setiap biji telur ialah 1 minit. Perlahan kan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan whipping cream, hingga habis, putar rata.
  3. Tambah esen vanilla, perisa mocha dan coklat cincang, putar sekejap pada kelajuan perlahan hingga rata. Masukkan badam cincang/keping. Gaul rata.
  4. Tuang dalam bekas dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan dan hidangkan..


MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE (MAT GEBU)



1 cawan tepung gandum         }
1/2 cawan serbuk koko           }
1 sudu teh baking powder      } diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat }
2 sudu besar susu tepung        }
1 cawan gula perang
1/2 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air sejuk dalam fridge
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh perisa mocha
1 sudu teh cuka/jus lemon/sunquick
Secubit garam

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Atau guna tin bulat berukuran 8 inci. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 yang diayak bersama gula perang dan garam tadi, gaul rata. Tuang air, minyak, esen vanilla dan perisa mocha, dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan tidak bergentel2.
  3. Masukkan cuka atau jus lemon dan kacau hingga sebati. Tuang dalam tin dan bakar selama 35 - 40 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihias. Boleh hidangkan...

KEK MARBLE TRIO (MAT GEBU)



300 gm butter
280 gm tepung gandum     }
1 sudu teh baking powder } diayak
1 sudu besar susu tepung  }
5 biji telur gred A
250 gm gula kastor
1 sudu besar ovallete
30 gm gliserin
20 gm air
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh coklat emulco
Badam cincang

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin 4 segi 9 inci x 9 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak atau guna tin bulat 9 inci. Ketpikan.
  2. Putar mentega hingga putih, gunakan kelajuan sederhana laju. Perlahan kan kelajuan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit, putar hingga rata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga pekat dan gebu seperti adunan kueh boulu.
  4. Perlahankan kelajuaan dan masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, masukkan gliserin, air dan butter vanilla, putar lagi hingga rata.
  5. Bagi adunan pada 3 bahagian, 1 + warna pink, kacau rata. 1 + warna ungu-violet, kacau rata dan 1 lagi dengan coklat emulco, kacau rata. Sudukan berselang seli setiap warna secara bertindih dalam tin kek tadi, hingga habis, kemudian lorekkan dengan chop stick 3 - 4 kali. Tabur badam cincang rata2 atas adunan kek tadi. Nanti marble akan menjadi semasa proses memasak.
  6. Bakar 50 minit hingga 1 jam, ikut oven masing, jika kek masih belum masak, tutup permukaan tin tadi dengan aluminium foil atau tudung periuk, sambung bakar lagi sekejap. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak.

KEK OREN (MAT GEBU)



130 gm butter
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula kastor | asingkan 1 sudu besar
2 biji telur gred A asingkan putih dan kuning
1 biji oren | diparut kulit dan perah airnya
3/4 sudu besar serbuk koko
1/5 sudu besar air panas |  combine dengan serbuk koko

  1. Preheat the oven at 175 C.
  2. Putar butter dan gula hingga putih.
  3. Masukkan kunin g telur dan pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan kulit oren.
  5. Masukkan tepung dan jus oren berselang-seli.
  6. Dalam mangkuk lain, putar putih telur hingga berbuih dan masukkan 1 sudu besar gula. Putar sehingga kental.
  7. Kaub balik adunan putih telur dalam adunan tepung tadi.
  8. Asingkan 4-5 sudu besar untuk dicampurkan dengan koko paste.
  9. Masukkan adunan coklat dulu baru masukkan adunan plain.

Monday, September 26, 2011

BISKUT SARANG SEMUT



250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum | diayak
100 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
Vanilla

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan vanilla.
  3. Masukkan tepung jagung.
  4. Masukkan tepung gandum.
  5. Uraikan menggunakan acuan sarang semut.
  6. Masukkan ke dalam cup dan hiaskan dengan chocolate rice.

GREEN PRINCESS



100 gm butter
75 gm minyak sapi
60 gm gula kastor
15 gm tepung beras
220 gm tepung gandum
50 gm serbuk badam
Pewarna hijau
  1. Pukul butter, minyak sapi dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung beras dan pewarna hijau secukupnya.
  3. Masukkan tepung gandum.
  4. Canaikan adunan dan terap dan bakar.
  5. Setelah masak, lorekkan dengan white chocolate dan taburkan hiasan.
Makes around 80 biji.

BISKUT BADAM MAK LANG

380 g butter
450 g tepung gandum
230 g gula kastor
1 biji telur + 1 biji kuning telur
1 biji putih telur
Vanilla
Badam potong
  1. Pukul butter dan gula hingga gebu.
  2. Masukkan telur, vanilla dan kemudian tepung.
  3. Spread thin layer of the mixture on a tray with a scraper.
  4. Brush with white egg (pukul sampai fluffy).Potong, letakkan almond keping.
  5. Bakar. Potong sejurus selepas masak.

SEMPERIT BUNGA CINA

2/3 tin susu pekat (tin tinggi)
250 g butter
3/4 tin tepung jagung
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur
Vanilla
Garam
  1. Pukul butter dan susu pekat hingga sebati dan gebu.
  2. Masukkan kuning telur dan vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan garam.
  4. Masukkan tepung jagung secukupnya.
  5. Bentukkan menggunakan acuan bunga cina.

RED VELVET CUPCAKES


1 1/4 cups (125 grams) sifted cake flour (sifted first then weigh)

1/4 teaspoon baking powder

1/4 teaspoon salt
1 tablespoons (10 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/4 cup (57 grams) unsalted butter, at room temperature
3/4 cups (150 grams) granulated white sugar
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) buttermilk
1 tablespoon liquid red food coloring
1/2 teaspoon white distilled vinegar
1/2 teaspoon baking soda 

Cream Cheese Frosting:
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (60 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
2/3 cup (160 ml) cold heavy whipping cream(double cream) (35-40% butterfat)

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and line 12 muffin tins with paper cupcake liners.
  2. In a large bowl sift together the flour, baking powder, salt, and cocoa powder.
  3. In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the egg and beat until incorporated. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.
  4. In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.
  5. In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter. 
  6. Working quickly, divide the batter evenly among the 12  muffin cups and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon.Bake in the preheated oven for approximately 18 -23 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cupcakes comes out clean.
  7. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes and them remove from pan. Let cool completely before frosting. Either spread the frosting with a knife or offset spatula, or use a large 1M Wilton open star decorating tip to pipe the frosting.

Cream Cheese Frosting:
  1. In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. 
  2. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to pipe. 
  3. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Makes 12 cupcakes.


Read more:http://www.joyofbaking.com/RedVelvetCupcakes.html#ixzz1Z1wRoes0