Monday, October 3, 2011

APAM POLKADOT



3 biji telur gred A sejuk
280 gm tepung gandum (2 cawan)
2 sudu teh baking powder
220 gm gula halus (1.5 cawan) - kalau ade filling, 200gm dh memadai
250 ml susu segar/cair (1 cawan)
1 sudu kecil ovalette
1 sudu teh vanilla

  1. Pukul semua bahan pada full speed selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.
  3. Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
  4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.
  5. Letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan. (Sekiranya ada filling, kalau xde terus ke step no. 6)
  6. Picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.
Cara lain;
  1. Pukul telur, gula dan ovalette sehingga kembang.
  2. Masukkan tepung dan susu berselang-seli.
  3. Masukkan dalam acuan cupcakes dan kukus selama 15 minit menggunakan api sederhana.

No comments:

Post a Comment