Monday, November 14, 2011

FRUIT TARTS

125 gm butter
125 gm marjerin
60 gm gula halus
1 biji kuning telur
400 gm tepung gandum

  1. Pukul butter dan marjerin hingga sebati. Masukkan gula dan pukul lagi.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan tepung sediit demi sedikit hingga menjadi doh.
Makes 63 tarts.

CREAM CUSTARD
250 ml susu segar
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard

Gaul semua bahan dan tapis. Masak hingga hampir pekat. Kacau guna whisker even selepas tutup api.
Untuk 1 adunan tart memerlukan 1.5 adunan custard.


CREAM CHEESE
250 gm cream cheese
50 gm butter
50 gm gula halus

Putar semua sekali hingga sebati.

Sunday, October 16, 2011

MOCHA ALMOND MUFFIN/CUPCAKES (MAT GEBU)

90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor
Cincangan kacang badam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
  4. Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

OREO CUPCAKES (MAT GEBU) - LIKESSSSS

125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan

BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
  3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
*** Kurangkan butter skit supaya cake x lekang dari paper cup. Kurangkn gula skit pun ok sbb oreo tu dh manis.

Monday, October 10, 2011

KUAH KACANG MAMA

500 gm kacang | goreng, buang kulit dan blend dgn air sampai lumat
10 ulas bawang besar | kisar
10 sudu besar lada lumat
2 ulas bawang putih | kisar
1 keping besar gula melaka
1 cawan santan pekat
2 cawan air

  1. Renihkan santan bersama 2 cawan air.
  2. Masukkan bawang, lada lumat dan garam. Masak dengan menggunakan api perlahan.
  3. Masukkan kacang. Masak hingga pecah minyak.
  4. Kalau pekat boleh ditambahkan air.

Thursday, October 6, 2011

ALOO JEERA

10 biji kentang | potong cube dan rebus
2 suku kecil jintan
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil dry mango powder
1/2 cawan daun ketumbar dipotong halus

  1. Panaskan minyak. Masukkan jintan dan kentang.
  2. Masukkan serbuk kunyit, serbuk lada, garam masala, dry mango powder. Gaul rata.
  3. Masukkan garam secukupnya dan daun ketumbar.
1 sudu besar dry mango powder boleh digantikan dengan 3 sudu kecil jus limau nipis.

Wednesday, October 5, 2011

MAKARONI BAKAR

250 gm makaroni | direbus lembut
Cheese Mozarella @ Cheddar
1 bungkus daging kisar | digoreng tanpa minyak utk keluarkan air, toskan
1 labu bawang besar }
3 ulas bawang putih } dipotong dadu
1 tin sederhana tomato puri
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato puri, daging kisar, garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata hingga masak.
SOS PUTIH
1 liter susu segar
7 sudu besar tepung gandum
2 sudu butter
Garam
Serbuk lada hitam
1 biji telur
  1. Kacau tepung gandum yang telah dilarutkan ke dalam susu segar di atas api sederhana.
  2. Bila hampir pekat, masukkan butter. Kacau sehingga pekat dan angkat.
  3. Masukkan telur, garam dan serbuk lada hitam.
  4. Letakkan 1/2 makaroni ke dalam loyang atau glass bakeware.
  5. Lapiskan dengan daging dan sos putih.
  6. Ulang sekali lagi utk lapisan kedua.
  7. Pastikan lapisan sos putih yang atas lagi tebal dari yang dibawah.
  8. Tabur cheese dan bakar pada suhu 170C selama 40 minit.
  9. Tunggu sejuk sedikit baru dipotong supaya tidak relai.

MARBLE CHEESECAKE (MAT GEBU)

BAHAN A
180 gm butter
170 gm gula halus
3 biji telur gred A
20 gm coco powder                 }
120 gm tepung naik sendiri } diayak
1 sudu kecil baking poeder  }

BAHAN B
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
Vanilla

  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Alas dasar tin dgn kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanilla dan gula. Putar hingga sebati. Masukkan telur dan putar sehingga gula hancur dan adunan berkrim.
  4. Tuang 1/2 bahagian adunan coklat, ratakan. Tuang kesemua adunan cream cheese dan ratakan. Tuang baki adunan coklat dan ratakan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dipotong.